Memandu Dari Malaysia Ke Thailand

Posted by: admin3

Tagged in: Untagged 

Day 2, 29 Mei 2009 (Jumaat)

Tibalah hari yang dinanti. Trip memandu yang paling jauh bakal aku lalui. Memandu straight lebih seribu kilometer dari Kuala Lumpur ke Bangkok. Memandangkan kitorg skang telah pun bermalam di Jitra, trip hari ni bermula dari sini.

6.00 pagi

Selepas mandi dan bersarapan, kitorg pun meneruskan perjalanan ke Bukit Kayu Hitam. Semasa di Changlun, kitorg singgah di kedai nie untuk membeli insurans Thailand untuk kereta. Harga insurans tu cuma RM16 untuk tempoh 9 hari.

Selepas tu, kitorg pun mengisi minyak lagi sebelum memasuki sempadan sebab harga minyak di Thailand agak mahal. Kitorg pun isi hingga penuh tank.

Kat sebelah ni adalah harga minyak hingga tank kereta aku penuh lagi. RM63.50. Lepas tu, kitorg pun meneruskan perjalanan ke pintu sempadan.

7.30 pagi

Kitorg tiba di pintu sempadan. Prosedur membawa masuk kereta kat sini pun mudah. Polis cuma check geran kereta. Geran perlu yang original. Kalau kereta masih bawah pinjaman bank, macam kereta aku ni, dapatkan daripada bank dulu.

Kemudian kitorg pun terus ke pemeriksaan imigresen. Cop pasport dan terus ke pintu sempadan Thailand.

Bye-bye Malaysia... dan Welcome to Thailand.

Sebaik masuk di pintu sempadan Thailand, pemeriksaan imigresen oleh kastam Thai. Kastam Thai biasanya akan mintak RM1 satu pasport. Kira rasuah ler tu. Sebaik masuk pintu sempadan Thailand, kitorg park kereta untuk mendapatkan surat kebenaran mengimport kenderaan ke Thailand. Yang ni jangan lupa buat. Kalau tak nanti problem in-case kena tahan polis.

Prosedurnyer pun mudah saja, cuma tunjukkan geran dan pastu kastam tu akan mintak tunjukkan kereta. Untuk mudah, parking dekat ngan kaunter. Pastu dia akan bagi surat cetakan komputer seperti kat sebelah yang membenarkan kita membawa (mengimport) kereta ke Thailand selama sebulan. Bayaran free.

Dokumen ni sebaiknya disimpan dalam kereta selama berada di Thailand. In case kalau ditahan polis, at least ada dokumen untuk ditunjukkan sebagai bukti yang kita bawak masuk kereta secara halal.

Beginilah pemandangan di bandar Danok (pekan sempadan) pada waktu pagi.

7.00 pagi (Waktu Thailand)

Kitorg pun meneruskan perjalanan ke Bangkok. Dari pintu sempadan kitorg menggunakan GPS dan seperti yang disarankan kitorg menggunakan laluan no 4.

Memandu kat Thailand nie agak mudah sebab setiap laluan ditanda dengan jelas. Seperti gambar sebelah, ni adalah laluan no 4.

Begitu juga dengan sign-board. Turut dinyatakan ialah laluan yang perlu digunakan untuk ke destinasi. Padang basar?

Di bahagian selatan, pengaruh Islam masih jelas walaupun ada patung Buddha besar terselit di sini.

Selain dari tu, bas dari Malaysia berlumba2 nak ke Hatyai.

Seperti kat Malaysia, jalan di sini jugak tak sunyi dari accident. Jadi kitorg mengambil langkah berhati2. Ye lah, kalau accident di negara orang tentu payah untuk claim insurans nanti.

Highway di sini kebanyakannya by-pass bandar besar. Contohnya, kalau nak ke Hatyai ni kena susur kuar dari highway. Lebih kurang kat Malaysia lah cuma takde tol. Free sajork. Tapi mrasalah berkongsi highway dengan kenderaan lain termasuk haiwan peliharaan.

Di highway ni jugak takde RnR. Tapi ada banyak stesen minyak. So kitorg stop kejap untuk membolehkan SD menghisap rokok.

11.00 pagi

Kitorg singgah di tepi highway untuk merasai buah durian.

11.45 pagi

Kitorg singgah di sebuah stesen minyak di area Phun Pin. Tu dia, punya lah banyak harga minyak kat sini.

Walaupun takde RnR, hampir semua stesen minyak kat sini ada 7-eleven dan kedai makan.

Kitorg singgah minum kat Amazon Cafe nie. Harga minuman dia pun berpatutan.

Lepas tu, kitorg pun meneruskan perjalanan.

2.15 petang

Kitorg pun tiba di Chumphon (520 km) dari pintu sempadan. Lampu minyak pun dah menyala-nyala. Dari sini jarak ke Bangkok ada lagi 455 km.

Minyak sure tak cukup. Nak tak nak kitorg pun mencari Shell dengan bantuan GPS.

Yahoo, sampai jugak kitorg di stesen minyak Shell nie.

Kat Thailand ni mmg ada macam2 jenis petrol. Tgk je lah kat mesin pam ni, banyak giler warna pam. Kebanyakan kereta kat sini guna Gasohol. Harga dia lebih kurang RM2.50 seliter. Tapi kereta Malaysia tak sesuai guna minyak nie. Minyak jenis RON ada gak. Tapi cuma RON91 dan 95 jer.

Ada org kata, kereta baru leh tuang minyak Gasohol. Aku tak berani nak buat. Kang tak pasal2 kereta aku sangkut kat Thailand. In fact, kereta Proton yang dijual di Thailand ni pun diorg dah modified enjin dia untuk boleh terima Gasohol. Nak tak nak, aku tuang ler V-Power bensin nie. Oh yer, petrol kat Thailand diorg panggil bensin.

Harga minyak kat Thailand ni mmg mahal. Dan harga dia berbeza2. Gasohol diorg je dah hampir RM2.50. RON95 ±RM3.50. Yang V-Power ni lak B39.57 (±RM4) seliter. Masa kat sini, kitorg isi minyak B1,200 (±RM120). Ni pun tak full-tank lagi.

Seterusnyer kitorg meneruskan perjalanan ke Bangkok. Kereta aku dah mula bertemakan Thailand dengan bunga hiasan yang kitorg beli kat tepi jalan.

4.00 petang

Kitorg tiba di area Prachuap Khiri Kan. Lega ada makanan muslim di sini. Kitorg pun singgah lunch.

4.30 petang

Kitorg pun meneruskan perjalanan.

Walaupun highway, ia ada gak melalui bandar besar.

5.30 petang

Kitorg bercadang untuk keluar dari highway menggunakan jalan biasa ke Hua Hin.

Beginilah jalan biasa kat Thailand. Siap ada gajah lagi.

Semasa di Hua Hin, kitorg singgah di kedai ni untuk membasuh kereta aku yang comot giler.

Kemudian kitorg pun meneruskan perjalanan.

Walaupun minyak masih ada, sebagai langkah berhati2 kitorg mengisi minyak semasa baru masuk ke Bangkok. Harga V-Power kat sini pulak B39.14.

9.00 mlm

Kitorg pun tiba di Bangkok dan terus check-in hotel.

Aktiviti malam apa lagi, terus clubbing di DJ Station hingga jam 2.00 pagi.